Thursday, June 21, 2012

Wahai Saudari Ku

Rasulullah s.a.w bersabda,

“ Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”

- hadith Riwayat Imam Ahmad



Assalamualaikum~
  Alhamdulillah masih saya diberi kesempatan dan ruang untuk tetap mencoret di sini. Hadis di atas jelas menyatakan tentang permasalahan wanita yang semakin dasyat dewasa ini (berpakaian seperti telanjang, di atas kepala mereka terdapat bonggolan). Apabila persoalan tentang pakaian ini di bangkitkan, biasanya kita terdengar ungkapan "ini trend~" Adakah menjadi wanita yang terlaknat juga adalah satu trend manusia akhir zaman??
  Wahai saudari seislam ku~ Siapakah kita? Di manakah kita?? Jawapannya cukup mudah, Kita hamba Allah, Kita berpijak di bumi Allah. Kalau tidak kepada Allah kita patuh, pada siapa lagi kita menurut?? Di manakah pengakhirannya hidup kita?
  Tapi dalam patuhnya kita menutup aurat, meniti batas-batas yang telah di tetapkan syariah, adakah hati kita ikhlas mengerjakannya? Tepuk dada tanya iman.
  Realiti kehidupan di sekeliling saya, berlaku di depan saya dan mungkin juga saya sendiri lakukan, bila ada wanita yang berpakaian tidak menutup aurat, itu lah yang menjadi pujaan. Sementara yang mengenakan niqab dan sempurna menjaga aurat di pandang aneh dan di umpat. Kenapa? Sebab mentaliti kita telah ditusuk dan dididik untuk mencintai yang batil. Bukan kerana kita tak belajar agama, bukan juga kerana tak ada yang mengajar, tapi kerana diri kita sendiri yang tak nak mengajar hati dan diri sendiri dengan ilmu agama~
 " Belajar agama itu kolot. Belajar agama ni leceh. Macam-macam tak boleh buat. Rimas !!"
  Astaghfirullah~~ Wahai saudari seislam ku~~

Wednesday, June 20, 2012

Senandung Cinta Ku~

6.50 a.m
 =3

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,
Wahai Tuhanku yang maha agung,
Terima kasih atas kurniaan rasa cinta yang indah kepada ku,
Terima kasih kerana masih menciptakan ruang dan peluang untuk ku meniti hari-hari ku,
Terima kasih kerana mewujudkan mereka yang sangat hebat di sekeliling ku,
Terima kasih kerana telah menghantar seseorang yang telah menyedarkan aku tentang hebatnya cintaMu,
Ya Allah,
Aku telah jatuh cinta padanya,
Aku telah tanpa sedar mendambakan kasih sayangnya,
Aku telah menikmati hari-hari ku dengan kehadirannya,
Ampuni aku ya Allah,
Jika cinta ini membuat aku lalai kepada Mu,
Cabut lah rasa yang indah ini dari hati ku,
Lalu lontarkanlah jauh dari hidupku,
Ya Rabb,
Jika cinta ku padanya ini tidak tertulis di dalam lipatan takdir ku umtuk berkekalan,
Terbitkanlah di hati kami untuk berhenti mencintai,
Ya Rahim,
Jika cinta ini telah tertulis akan berakhir dengan berdirinya masjid cinta,
Maka pelihara lah kami dari maksiat,
Pelihara lah hati kami dari kelalaian kepada Mu~~

Tuesday, June 19, 2012

Tegur atau Tak ??

Alhamdulillah,
  Semalam da mula ada kuliah untuk permulaan semester 3 ni. Biasa lah bila permulaan semester, sesi pembelajaran  belum dimulakan, cuma briefing je (betul ke ejaan aq??). Hari ni nak corat-coret tentang pergolakan hati yang baru berlaku pada diri aku sendiri lebih kurang pukul 11 lebih pagi semalam..
  Kisahnya begini, aku on the way ke kafe kolej dengan kawan baik aku. masa dah nak sampai tu, ada seorang pelajar lelaki yang sedang duduk di kafe (membelakangkan kami). secara tak sengaja kami ternampak bahagian belakang badannya yang terdedah dek kesingkatan baju dan keketatan seluarnya. bahagian belakang yang aku maksudkan ialah aurat beliau. Kami serba salah nak tegur atau tak. Kalau aku tegur dia akan malu, tapi kalau tak tegur, bertimbun dosa dia dapat.
  Lastly, dengan dada dan tangan yang bergetar, aku lalu kat sebelah insan tu, aku ketuk meja yang dia duduk smpai dia toleh and tegur dia dengan senyuman. Muka dia memang bengang gila. Aku pun bengang sebab terasa macam aku ni jenis yang suke 'skodeng' aurat orang. Hehe, tapi selepas tu dia ucap terima kasih kat aku. Aku rasa lega.
  Aku terfikir, kalau orang lain ada di situasi aku, apa mereka akan buat? Biarkan? Berdosa kot. Lagipun dia tak sengaja, tak salah kalau tegur kan? tapi teruk juga kalau kita tegur tapi yang ditegur ni maki kita atau tuduh kita berlagak baik. Nah, ini memang masalah yang agak besar bila ada sesetengah pihak yang tak boleh nak terima bila di tegur kesilapannya.
  Kisah yang lainnya. Ada lah seseorang yang aku kenal. Dia ni agak terkenal sebab kealimannya yang biasanya orang-orang di kolej aku kata hanya sekadar kepura-puraan. Aku tak tau sejauh mana kebenaran kata-kata tu. Sebenarnya aku ada bukti kebenaran khabar angin tu, tapi biarlah ini aku simpan. Berdosa buka aib orang (hehe). Dia ada cakap, 'kalau akak salah, tegurlah akak. Akak manusia biasa macam korang juga'. Bila orang da cakap macam tu mestilah kita berlapang dada nak betulkan apa kesilapan dia kan?
  So, beberapa orang kawan aku tegur lah kesilapan dia dengan cara baik. Tapi sesuatu yang tak dijangka berlaku. Dia dengan sekeras-keras hati mempertahankan pendapat dan kesilapan dia. Tiada sesi pertimbangan. Dia langsung menolak kata-kata kawan-kawan yang menegur dia. See?? macam mana nak tegur? Macam mana kita nak jadi manusia yang saling bekerjasama untuk saling memperbaiki antara satu sama lain?
  Simple. Tak payah tegur, tapi lakukan sesuatu hingga secara perlahan-lahan orang itu sedar sendiri. Kalau di sisi pendapat aku, aku akan tegur dengan cara yang kasar. Sama dengan cara dia masa dia menolak pendapat orang tentang kesilapan dia. Ingat kan semula tentang siapa diri dia, dan apa tanggungjawab kita sebagai muslim di muka bumi Allah ni~ Insya Alalh, setiap orang ada cara. Aku juga ada gaya~~ :)

Saturday, June 16, 2012

Jangan Maki Jika Tak Ada Ilmu~

Assalamualaikum.....
mungkin tajuk post ni tak sesuai dengan apa yang akan aku tulis, but this is reality..
aku online facebook tadi, so, ternampak lah status seorang kawan tentang asal usul Hari Bapa. Aku pun komen lah seadanya.
Patut ke kita celebrate Hari Bapa sedangkan kita dah tau sejarahnya iaitu 'Idea sambutan hari bapa dicetuskan oleh Sonora Dodd, seorang wanita kelahiran Arkansas, Amerika Syarikat pada tahun 1910. Beliau mahu sesuatu dilakukan untuk mengenang bapanya, William Jackson Smart, seorang veteran perang saudara yang ditinggalkan oleh isterinya dan membesarkan enam orang anak secara bersendirian di sebuah ladang kecil di Spokane, Washington. Sambutan Hari bapa yang pertama juga diadakan di situ pada 19hb. Jun 1910 dengan mengambil sempena tahun kelahiran William Smart bapa tunggal tersebut'. (sorry kalau silap)
Bukan ke kalau kita menyambutnya bermaksud kita memperingati hari kelahiran William Smart ?? sebagai orang islam William Smart tu siapa bagi kita? fikir lah sendiri~
Berbalik pada cerita asal, aku pun cakap pada si kawan ni tadi, 'apa yang kita tau, kita share lah pada orang terdekat supaya dapat mengubah mentaliti mereka tentang hari bapa ni'. Tiba-tiba ada seorang perempuan komen kat status tu juga. Dia cakap dia sambut. So, aku jelaskan kenapa kita tak patut sambut Hari Bapa. Aku ingatkan dia boleh terima tapi ternyata dia tulis kata2 kesat berbahasa lombok.
Kawan aku padam status tadi supaya tak jadi pergaduhan. Si perempuan ternyata buat post di wall kawan aku. Aku try komen. Kat situ dia mula maki aku. dia kata aku berlagak baik, jangan berlagak bagus, orang yang pakai tudung labuh tak semestinya baik n macam2 lah. sampai satu tahap dia cakap aku setan. 
Nah, aku betul2 confiuse. Kalau dia tak boleh terima pendapat aku tentang Hari Bapa, dia boleh directly cakap and jelaskan pada aku kalau kata-kata aku salah. Itupun kalau dia sebenarnya matang and tahu sejauh mana kebenaran tentang Hari Bapa itu.
Wahai sahabat, kita tak perlukan tarikh yang tetap untuk berbakti dan tunjuk kasih sayang kita pada parent kita.. Maaf kalau post ni buat orang sakit hati, tapi tolonglah jangan jadi orang yang suka memaki hamun. Nampak sangat kejahilan kita bila kita maki orang tanpa ada sebab dan alasan yang kukuh~ 

chilllll~~

Sunday, February 12, 2012

Cinta Dalam Balang~


Suatu ketika dulu, saat cinta ku rasakan sangat misteri,
 aq menganggap cinta itu bagai jem yang tersimpan dalam balang berwarna gelap yg tak berlabel,
aneh dan mengelirukan,
tak bisa di tebak jem perisa apa di dalam nya,
malah rasanya jga kita tak tahu apa,
masam? manis? atau pahit??
saat aq lihat org di sekeliling ku terkadang tertawa, terkadang menangis kerana cinta,
aq ptus kan kalau mungkin cinta itu rasanya seperti coklat,
manis, pahit tapi enaaaaaak~
saat cinta ku terputus suatu masa dulu,
aq putuskan fakta lain tentang cinta,
aq anggap kalau cinta itu umpama pelangi!!
datang nya tak perlu di jemput,
perginya pula seenak hati~
dan setelah itu semakin banyak teori dan fakta cinta yang melayang-layang di benak aq,
lalu akhirnya aq putuskan
cinta itu tetap saja seperti jem di dalam balang gelap yang tidak berlabel!!
MISTERI!!

Friday, February 10, 2012

My New 'pets' ! !




huhu, actually kaktus hak milik aq cume yg bentuk tapak kaki kuceng tuh jer~
yg lain uh di miliki my sis~
die da bg nems at kaktus die~ 
aq plak da sminggu beli tp tak pun bg nems ag~ 
tngah lambung2 dadu undi nems yg sesuai utk 'pet' terbaru aq ni~
cute kn?? ta membuang najis sepah2, tapayah pkir nk bg mkanan trbaik un.. 
cume smggu skali siram air~ 
setel !!