mungkin tajuk post ni tak sesuai dengan apa yang akan aku tulis, but this is reality..
aku online facebook tadi, so, ternampak lah status seorang kawan tentang asal usul Hari Bapa. Aku pun komen lah seadanya.
Patut ke kita celebrate Hari Bapa sedangkan kita dah tau sejarahnya iaitu 'Idea sambutan hari bapa dicetuskan oleh Sonora Dodd, seorang wanita kelahiran Arkansas, Amerika Syarikat pada tahun 1910. Beliau mahu sesuatu dilakukan untuk mengenang bapanya, William Jackson Smart, seorang veteran perang saudara yang ditinggalkan oleh isterinya dan membesarkan enam orang anak secara bersendirian di sebuah ladang kecil di Spokane, Washington. Sambutan Hari bapa yang pertama juga diadakan di situ pada 19hb. Jun 1910 dengan mengambil sempena tahun kelahiran William Smart bapa tunggal tersebut'. (sorry kalau silap)
Bukan ke kalau kita menyambutnya bermaksud kita memperingati hari kelahiran William Smart ?? sebagai orang islam William Smart tu siapa bagi kita? fikir lah sendiri~
Berbalik pada cerita asal, aku pun cakap pada si kawan ni tadi, 'apa yang kita tau, kita share lah pada orang terdekat supaya dapat mengubah mentaliti mereka tentang hari bapa ni'. Tiba-tiba ada seorang perempuan komen kat status tu juga. Dia cakap dia sambut. So, aku jelaskan kenapa kita tak patut sambut Hari Bapa. Aku ingatkan dia boleh terima tapi ternyata dia tulis kata2 kesat berbahasa lombok.
Kawan aku padam status tadi supaya tak jadi pergaduhan. Si perempuan ternyata buat post di wall kawan aku. Aku try komen. Kat situ dia mula maki aku. dia kata aku berlagak baik, jangan berlagak bagus, orang yang pakai tudung labuh tak semestinya baik n macam2 lah. sampai satu tahap dia cakap aku setan.
Nah, aku betul2 confiuse. Kalau dia tak boleh terima pendapat aku tentang Hari Bapa, dia boleh directly cakap and jelaskan pada aku kalau kata-kata aku salah. Itupun kalau dia sebenarnya matang and tahu sejauh mana kebenaran tentang Hari Bapa itu.
Wahai sahabat, kita tak perlukan tarikh yang tetap untuk berbakti dan tunjuk kasih sayang kita pada parent kita.. Maaf kalau post ni buat orang sakit hati, tapi tolonglah jangan jadi orang yang suka memaki hamun. Nampak sangat kejahilan kita bila kita maki orang tanpa ada sebab dan alasan yang kukuh~
chilllll~~

huda ooo huda.... lupe kn hal fb tu... sampai terbawa di blog pula...past is past
ReplyDeletesy tlis blog ni bkan sebab nak malukan dia, tp awak kene faham yang dia keterlaluan.. sifat maki hamun dia tak kene tempat~
ReplyDelete