6.50 a.m
Dengan nama Allah yang maha
pengasih lagi maha penyayang,
Wahai Tuhanku yang maha agung,
Terima kasih atas kurniaan
rasa cinta yang indah kepada ku,
Terima kasih kerana masih
menciptakan ruang dan peluang untuk ku meniti hari-hari ku,
Terima kasih kerana mewujudkan
mereka yang sangat hebat di sekeliling ku,
Terima kasih kerana telah
menghantar seseorang yang telah menyedarkan aku tentang hebatnya cintaMu,
Ya Allah,
Aku telah jatuh cinta padanya,
Aku telah tanpa sedar
mendambakan kasih sayangnya,
Aku telah menikmati hari-hari
ku dengan kehadirannya,
Ampuni aku ya Allah,
Jika cinta ini membuat aku
lalai kepada Mu,
Cabut lah rasa yang indah ini
dari hati ku,
Lalu lontarkanlah jauh dari
hidupku,
Ya Rabb,
Jika cinta ku padanya ini
tidak tertulis di dalam lipatan takdir ku umtuk berkekalan,
Terbitkanlah di hati kami
untuk berhenti mencintai,
Ya Rahim,
Jika cinta ini telah tertulis
akan berakhir dengan berdirinya masjid cinta,
Maka pelihara lah kami dari maksiat,
Pelihara lah hati kami dari
kelalaian kepada Mu~~

No comments:
Post a Comment